22/05/16

Prosedur Dalam Hipnoterapi (Bahagian 5)

Assalamuaalaikum dan selamat sejahtera semua.Dalam entri kali ini Master H nak teruskan perkara berkaitan prosedur hipnoterapi yang kelima iaitu Therapeutic Procedure / Suggestion.Bagi Master H inilah satu prosedur yang sangat penting dan perlu diambil perhatian serius oleh pengamal hipnosis.

Setelah klien berada dalam keadaan trance maka pengamal hipnosis akan memasukkan saranan ke dalam minda bawah sedar.Perlu Master H tegaskan  bahawa apa-apa saranan atau input yang hendak dimasukkan itu mesti jelas,sesuai dan menepati dengan apa yang diiingini oleh para klien.

kredit photo : http://visionaryhypnotherapy.com/

Untuk hal-hal utama dalam Suggestion Therapy, sebaiknya menggunakan pelaturan umum dalam Sugesti, iaitu :

(1). Positif (Sebutkan apa yang diinginkan, bukan yang dihindari)
(2). Repetition (Pengulangan)
(3). Present Tense (hindari kata akan)
(4). Peribadi
(5). Tambahkan sentuhan Emosional dan Imaginasi
(6). Progressive (bertahap), jika diperlukan.

Terdapat berbagai teknik terapi (Therapeutic Procedure), berikut ini beberapa contoh teknik
terapi :

(1) Time Line Therapy
(2) Ego-State Therapy
(3) Age Regression Therapy
(4) Desensitization Therapy
(5) Parts Therapy
(6) Methapor Therapy
(7) Circle Excellence Therapy
(8) Role Model Therapy
(9) Reframe Therapy
(10) The Swish
(11) Anchor
(12) Chair Therapy
(13) Object Imagery

Kesimpulan dari Master H,

Proses Suggestion atau Therapeutic Procedure ini sangat berkesan sekiranya klien memang hendak berubah.Mereka perlu ada kesedaran dalam diri sendiri,Pengamal hipnosis cuma membantu memudahkan proses perubahan tersebut.

Dalam pada itu pengalaman,kemahiran dan krebiliti serta kesungguhan para pengamal hipnosis memberi pengaruh yang besar kepada klien.Sebab itu para klien yang memerlukan khidmat hipnoterapi hendaklah percaya dan yakin terhadap si pengamal hipnosis.

Tidak hairan untuk menjadi pengamal hipnosis diwajib ada sijil pertauliahan dari agensi yang diiktiraf kerajaan dan peringkat antarabangsa.Mereka perlu menghadiri pelbagai kursus secara langsung dengan jurulatih.

Itu sahaja untuk kali ini.Harapan agar ia memberi info yang bermanfaat intuk semua.

Kredit sumber : WWW.NAQSDNA.COM

Share This!


2 ulasan:

  1. Macam-macam teknik ada rupanya.
    Tapi mesti cari yg bertauliah dan boleh dipercayai

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang yang bertauliah lebih diyakini.

      Padam

Powered By Blogger · Designed By Blogger Templates