24/04/16

Prosedur Dalam Hipnoterapi (Bahagian 2)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Berdasarkan artikel sebelum ini Master H telah menulis tentang prosedur dalam hipnoterapi iaitu pra induksi.

Maka pada kali ini,Master H nak sambung balik kepada perbincangan bagaimana prosedur yang kedua iaitu  induksi.Proses induksi ialah membawa keadaan  klien dari minda sedar kepada minda separa sedar.



Pelbagai teknik dan cara digunakan oleh pengamal hipnosis dalam proses induksi.Proses ini terbahagi kepada dua iaitu

1.Authoritarian Induction atau perintah induksi

Kaedah ini bersifat perintah kepada klien.Mereka akan tunduk dan menaruh kepercayaan yang tinggi kepada penghipnosis.Ada klien yang boleh diinduksi dalam beberapa detik atau masa tertentu.Sudah semesti pengamal hipnosis ada kepakaran yang hebat serta kemahiran yang tinggi.

Berikut adalah contoh  teknik induksi yang popular.

a.Shake-Hand Induction,
b.Body-Rocking Induction
c.Flying Hand Induction

2.Permissive Induction atau induksi pemberdayaan

Seorang pengamal hipnosis akan menggunakan teknik ini jika klien mempunyai level autoriti yang sama,medium dan rendah.

Proses memasukkan pemberdayaan induksi ada pelbagai teknik.Sejujurnya ia tugas yang mencabar dan serius untuk dilakukan.

a.Dave Elman Induction
b.Progresive Relaxation
c.Eye Fixation
d.Flower Method
e.Seven Plus Minus Two Induction

Kesimpulannnya

Ada 5 prosedur dalam Hipnoterapi yang belum Master H kongsikan .In shaa Allah akan bersambung pada terbitan blog yang akan datang.

Share This!


6 ulasan:

  1. Macam macam ada rupanya. Pastinya perlukan skill yg khusus..

    BalasPadam
  2. Bole hipnosis orang kedai pasni.. ahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tu memang boleh..tetapi mahu minta kebenaran dulu dengan tuan punya badan

      Padam
  3. bolehlah guna bakat ni lepas ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. in shaa Allah kalau itu yang kita mahukan

      Padam

Powered By Blogger · Designed By Blogger Templates