21/01/15

Istilah Yang Digunakan Dalam Hipnosis

istilah hipnosis

Dalam mempelajari ilmu hipnosis beberapa istilah penting mesti difahami dengan sewajarnya.Istilah ini saling berkaitan antara satu sama lain.Namun begitu kefahaman akan lebih terasa jika anda meminati bidang ini.

Dibawah ini ada beberapa istilah yang biasa kita temui dalam bidang yang cukup menarik ini:

1.Hipnosis

Perkataan hipnosis berasal dari bangsa Yunani iaitu Hypnos.Ia merupakan nama dewa tidur.Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan perkataan hipnosis ialah James Braid (1795-1860).Beliau adalah seorang doktor ternama di England.

Namun setepatnya hipnosis ialah cabang ilmu pengelolaan  fikiran  manusia.Dalam erti kata yang lain hipnosis ialah penembusan faktor kritikal fikiram sedar diikuti dengan diterimanya satu saranan.

2.Terapi

Dalam bidang perubatan terapi ialah rawatan.Maksudnya terapi hipnosis ialah rawatan ke atas pesakit tanpa menggunakan ubat-ubatan atau pembedahan.Hebatnya terapi dalam hipnosis mampu menyelesaikan banyak masalah kesihatan,gangguan emosi dan fikiran.

Pernah berlaku di India terapi hipnosis membolehkan pesakit dibedah tanpa bius.

3.Hipnoterapi

Satu cara untuk merawat penyakit mental menggunakan teknik hipnosis.Sebab itu bidang hipnosis diiktiraf oleh kementerian kesihatan Malaysia bawah bahagian Perubatan Tradisional dan komplenmentari (PT&K).

Jadi pihak pengamal boleh melakukan rawatan ke atas pesakit tanpa rasa ragu-ragu kerana ianya sah.Maaf ia bukan sihir atau perkara yang sewaktu dengannya.

4.Hipnotis

Ia merujuk kepada pengamal hipnosis iaitu seseorang yang bertauliah memberi hipnosis kepada klien.Mereka adalah pakar dan mempunyai pengalaman dalam bidang ini.

5.Hypnothepist

Orang yang menggunakan hipnosis sebagai rawatan ke atas klien yang bersalah.Mereka perlu tauliah sesebelum boleh memberi rawatan ke atas klien.

6.Saranan

Saranan ialah perintah atau sugesti yang dimasukkan ke minda para klien atau diri sendiri ketika hipnosis dilakukan.Saranan tersebut hendaklah kata-kata positif dan mudah difahami oleh klien atau diri sendiri.

 

Penutup:

Saya berharap pengenalan beberapa istilah ini lebih memudahkan pemahaman para pembaca ketika membaca blog ini atau ilmu yang hebat ini.

Sekiranya ada soalan boleh dikemukakan dalam ruangan komen agar saya atau pembaca yang lain dapat menjawabnya.Semoga info dan ilmu yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada kita semua.

 

ps : Tambahkan ilmu didada dengan melayari blog BUKU ONLINE

Share This!


2 ulasan:

  1. Ohh banyak juga istilah dia ekk..paling boleh faham terapi tu la..hehe

    BalasPadam

Powered By Blogger · Designed By Blogger Templates