24/01/15

4 Langkah Dalam Proses Hipnosis

Proses Hipnosis merupakan satu keajaiban minda buat saya.Mungkin juga kepada pembaca yang meminati bidang ini.Namun begitu saya dengan rasa seronok ingin berkongsikan info ini buat anda semua.Mana tahu ada yang memerlukan info ini meskipun bidang ini tak popular sepert K-Pop.

proses hipnosis

Antara  4 proses yang menentukan kejayaan hipnosis adalah seperti berikut :

1.Pengaruh pandangan mata

Mata adalah organ manusia yang sangat hebat.Sampaikan boleh dibuat kata keramat  iaitu dari mana mulanya cinta kalau bukan dari mata turun ke hati.Dengan pengaruh mata pengamal hipnosis boleh memberi saranan yang kuat ke atas para klien.”Pandang mata saya maka anda akan rasa tenang dan rileks sepenuhnya”.Ini adalah contoh saranan yang menggunakan mata.

Untuk mendapatkan kekuatan mata yang boleh memberi pengaruh memang perlukan latihan yang konsisten.Ada kaedah tertentu digunakan.Lain masa kita kongsikan dalam blog ini.

2.Pengaruh kejelasan suara

Pengamal hipnosis mesti ada suara yang jelas,berani dan penuh yakin.Jika tidak para klien akan ragu-ragu dan kurang faham.Proses hipnosis akan gagal.Sebab itu latihan vokal mesti dilakukan agar tiap-tiap kalimat yang masuk ke dalam minda klien difahami sepenuhnya,Suara yang diperlukan boleh menimbulkan kepercayaan,keyakinan dan ketenangan.

Tak hairan kalau pengamal hipnosis datang ke kelas latihan vokal untuk memantapkan suara mereka.

3.Pengaruh kestabilan emosi

Orang yang tenang memberi aura ketenangan juga kepada orang lain.Pengamal hipnosis bukan calang-calang orang.Mereka mesti memiliki ketenangan emosi dan jiwa yang luarbiasa.Pengamal hipnosis boleh mendapat ketenangan melalui latihan penafasan dan bayangan minda.Sebagai orang Islam lagi mudah kerana solat lima waktu yang wajib,solat malam,zikir,wirid,doa dan bacaan ayat Al-quran menjadi elemen utama ketenangan jiwa.

Keberkesanan proses hipnosis amat bergantung juga kepada kekuatan jiwa dan emosi pengamalnya.

4.Pengaruh bahasa badan

Gaya seseorang berjalan,berdiri dan duduk itu sendiri boleh menggambarkan karisma dan wibawa.Penampilan mereka sahaja sudah menyakin kita untuk dihipnosis,Misalnya bahasa badan yang terbaik ialah air muka yang cool tetapi menyenangkan.Untuk mendapatkan kelebihan ini ada latihan dan teknik pemikiran tertentu.

Apa yang penting hati yang bersih dan ikhlas pasti memancarkan cahaya kebaikan kepada orang yang melihatnya.

 

Kesimpulannya:

Proses hipnosis boleh berlaku dengan kesan optimum sekiranya para pengamal hipnosis memiliki 4 langkah yang saya nyatakan di atas.Ingat tak iklan komersial dalam tv beberapa ketika dahulu.Lidah boleh menipu tetapi hati tak boleh menipu.Jika berlaku juga proses hipnosis tak akan menjadi sampai bila-bila.

 

p/s :Nak tambah ilmu di minda jom baca blog ---->Buku Online

Share This!


4 ulasan:

  1. info hipnosis yang bagus..dari mata turun ke hati..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu adalah lumrah dalam proses psikologi

      Padam
  2. Terima kasih kongsikan..gambar tu kan..bila tenun lama-lama jadi macam bergerak pulak..ke mata saya ada yang tak kena ni..haha

    BalasPadam
  3. gambar itu adalah teknik hipnosis..bro akan terlena jika layan lama-lama..

    BalasPadam

Powered By Blogger · Designed By Blogger Templates