13/09/15

5 Proses Asas Untuk Hipnoterapi

Proses Hipnoterapi

5 Proses Asas Untuk Hipnoterapi Dah lama Master H tak kemaskini blog ini.Biasa lah kalau dah banyak blog.Kadang-kadang macam tak cukup masa pun ada.Namun proses mendalami ilmu hipnosis tak akan berhenti selagi nyawa di kandung badan.

Hipnoterapi adalah cabang hipnosis.Dalam hipnoterapi penekanan kepada tujuan untuk penyembuhan penyakit atau penawar kepada trauma emosi.

Berikut ialah proses hipnoterapi yang popular di dunia

1.Temuramah

Pengamal hipnosis dan klien akan mengadakan sesi temuramah.Ia bertujuan untuk mengetahui masalah yang ingin diselesaikan.Semasa temurahmah ini dilangsungkan si klien akan diterangkan juga tentang proses hipnoterapi,tujuan yang ingin dicapai dan bagaimana prosedur yang perlu dilalui.Adalah amat diharap agar si klien bersikap jujur agar permasalahannya nanti dapat diatasai secara akar umbi.

2.Induksi

Ia adalah proses permulaan supaya klien berada dalam situasi trance (tenang).Para hipnoterapi akan membimbing klien dengan pelbagai cara dan method tertentu.Si klien akan diingatkan bahawa proses penyembuhan atas kemahuan atau kehendak mereka sendiri.Mereka mesti berubah tanpa rasa dipaksa oleh orang lain.Pendek kata melalui induksi si klien dititikberat supaya ada rasa kesedaran.

3.Deeping

Deeping ialah lanjutan dari proses induksi.Pengamal hipnoterapi akan membimbing klien untuk mencapai tahap trance iaitu trance ringan,sederhana dan mendalam iaitu somnambulism.Tahap somnambulism merupakan tahap paling ideal untuk melakukan hipnoterapi ke atas klien.Tugas pengamal hipnoterapi untuk membimbing klien ke tahap deeping.

4.Terapi pemikiran

Master H beranggapan terapi pemikiran merupakan proses yang amat serius dan kritikal.Si klien akan dimasukan saranan-saranan terapi agar melekat bawah pemikiran minda sedar mereka.Terapi pemikiran yang paling asas memberi saranan secara langsung,Namun ada yang permasalahan yang sangat kritikal yang memerlukan selain daripada saranan langsunng seperti Age Regresion,Time Line Therapy,Forgiveness Therapy dan Chair Therapy.

5.Terminasi

Proses terminasi dari hipnosis bukan sesuatu yang sukar.Dalam sejarah hipnosis itu sendiri tidak pernah berlaku klien tidak sedar-sedar dari kena hipnosis.Ramai pengamal hipnoterapi sangat puas selepas klien menamatkan proses hipnoterapi dengan cara gembira,ceria dan lapang dada.Ini bermakna pengamal hipnoterapi berjaya melakukan tugas membantu klien selesaikan masalah mereka.

[Nota Kaki]

Harapan Master H agar ia memberi kefahaman sedikit.Nak faham banyak perlu pergi seminar.Perkara yang dikongsikan cuma asas dan panduan ringkas sahaja.

Harap maklum dan selamat membaca.

Info ini Master H ubahsuai dari website www.masterhipnotis.com.

Share This!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger · Designed By Blogger Templates