22/02/15

Mendalami Ilmu Hipnosis

Mendalami Ilmu Hipnosis…Dalam apa jua bidang yang kita ceburi ilmu mesti ada.Ilmu mesti luas dan mendalam.Dengan penguasaan ilmu kita akan menjadi mahir dan mampu memanfaat ilmu tersebut,Alangkah molek ilmu yang bagus seperti hipnosis dikongsikan kepada seramai yang boleh.

pencetus kejayaan

Ilmu hipnosis milik Allah SWT.Cuma orientalis barat menganggap mereka yang mempelopori segala ilmu.Tak menghairankan kerana budaya mereka yang cintakan ilmu serta tabii ingin tahu yang tinggi.Dalam masa yang sama memandang rendah kepada ketamdunan ilmu dunia Islam.Berlaku ketidak jujuran akibat ‘bias’ dalam perkara yang melibatkan agama.

Dalam proses mendalami ilmu hipnosis, semangat ingin tahu dan minat yang tinggi adalah teras.Ia umpama tunjang supaya minat yang berputik itu boleh berkekalan.Jika tidak usaha akan sekerat jalan.Sebab itu persediaan utama ialah semangat ingin tahu dan inilah sumber supaya motivasi seperti api yang sentiasa  membara.

HB faham tak semua berminat.Yang berminat pasti ada terutama kepada mereka yang memerlukan elemen motivasi dalam hidup mereka.Sebab hipnosis adalah cabang motivasi.

Selain itu seseorang mesti fokus terhadap apa yang dilakukan.Jika tak fokus usaha tak akan kemana.Perkara ini adalah normal.Dalam semua perkara pun macam tu.Misalnya tak fokus dalam berblogging tentu sukar menghasilkan keputusan yang memberangsangkan.

Perkara terakhir sekali keyakinan.Kalian ataupun HB sendiri mesti yakin dengan apa jua keputusan dan tindakan,Dengan keyakinan proses seterusnya lebih mudah.Mungkin timbul persoalan dari mana datangnya keyakinan ini nanti

Yakin berkaitan rapat dengan personaliti seseorang yang memang berfikiran positf,sungguh-sungguh dan berfikiran jauh,Maaf bukan jenis yang mengelamun.Orang kuat mengelamun belum boleh dikatakan berpandangan jauh.Betul tak?

Ilmu yang mencabar memberi kepuasan kepada sesiapa yang mempelajarinya.Namun HB percaya proses mendalami ilmu hipnosis bukan sehari dua.Mungkin berbulan-bulan.Malah boleh juga mencecah bertahun lamanya.

Sebab itu semangat ingin tahu,minat dan yakin mesti bergabung bersama.Jalinan yang mantap antara elemen ini membolehkan kejayaan berada dalam tangan.Percaya dan rasai sendiri kebenaran pendapat HB ini.

 

Nota kaki:

Kredit kepada blog Hero Borneo kerana entri salinan yang sah..

Share This!


2 ulasan:

  1. Yup..harus percaya dan ada kenyakinan diri..terima kasih kongsikan..

    BalasPadam

Powered By Blogger · Designed By Blogger Templates