10/08/14

Blog Panduan Hipnosis Kini Dilancarkan


Blog Panduan Hipnosis Kini Dilancarkan.Saya bersyukur kepada Illahi kerana dipermudahkan urusan untuk membina blog ini.Ini bermakna ada peluang cerah untuk saya menceburi secara serius pada masa kini dan akan datang.


Buat permulaan untuk entri pertama ini saya dengan rasa sukacitanya memperkenalkan diri.Insya Allah dengan memahami diri saya maka kefahaman para pembaca dapat ditingkatkan

Saya merupakan blogger motivasi dan infomasi.Kini aktif menulis artikel dalam rangkaian blog.Setiap blog yang saya tulis mempunyai niche dan golongan pelawat yang tersendiri.Walaupun belum bertugas secara penuh masa,saya telah memperuntukkan masa yang amat banyak untuk blog.

Minat dalam motivasi dan pembanguan diri telah memenukan saya ilmu hipnosis.Saya suka dan jatuh cinta dengan ilmu hipnosis.Perancangan terdekat untuk  mempelajari,mengumpul dan mengamalkan ilmu-ilmu hipnosis.Medium terbaik untuk saya berkongsi ilmu ini melalui blog yang anda baca sekarang ini.

Dalam masa akan datang saya akan menjadi pengamal hipnosis bertauliah.In shaa Allah dengan pentauliah itu nanti saya ingin membantu ramai insan yang memerlukan turning point untuk berubah.Sebab prinsip hidup saya cukup jelas.Setiap manusia ada peluang untuk berubah dalam hidup mereka.Dari kurang baik menjadi semakin baik dari hari ke sehari.

Impian saya akan cepat tercapai jika keberkesanan self hypnosis saya berjaya dilakukan.Ini kerana minda bawah sedar kita adalah umpama gergasi.Ia boleh dibangunkan untuk mencapai sesuatu.Proses membangunkan gergasi ini mesti guna kuasa hipnosis.

Saya amat berharap pembaca sekalian sudi untuk singgah lagi ke blog ini.Saya akan kemaskini secara berkala.Ada masa boleh setiap hari.Jika tiada masa terpaksa tinggalkan untuk sehari dua.Harapan saya semoga panduan hipnosis ini memberi manfaat untuk kalian.

Biar saya ceritakan bidang hipnosis secara ringkas sebagai mukadimah blog ini.Hipnosis ialah satu bidang yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.Proses hipnosis saya suka gambarkan seperti membuat reformat komputer.Masukkan data yang baru dan bagus ke dalam minda bawah sedar .Selepas beberapa jam atau minit kemudiaan si klien mengalami perubahan fizikal,minda dan perangai secara konsisten.Jangan risau.Perubahan ini membawa kesan positf.


Kesimpulan:

Blog Panduan Hipnosis ini akan beroperasi mengikut keperluan dan kehendak saya.Saya berharap agar blog ini betul-betul menjadi panduan kepada mereka yang meminati bidang ini nanti.Segala komen dan teguran amat saya perlukan dari pembaca.

Share This!


4 ulasan:

  1. Tak pandai sangat tentang hinopsisi ini... moga berjaya bro.!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau selalu baca info..lama-lama boleh pandai

      Padam
  2. Salam singgah bw... semoga terus sukses... aamiin.. :)

    BalasPadam

Powered By Blogger · Designed By Blogger Templates