11/08/14

Ada Apa Dengan Ilmu Hipnosis

ada apa dengan ilmu hipnosis

Ada Apa Dengan Ilmu Hipnosis.Mungkin ada kalian yang belum kenal.Baru nak tahu ataupun masih keliru dengan ilmu hipnosis.Kalian amat bertuah kerana berjumpa dengan entri ini.Satu entri yang saya gunakan untuk menerangkan konsep hipnosis secara ringkas dan santai.

Hipnosis bukan ilmu sihir.Bukan ilmu pukau.Jauh sekali ilmu yang boleh menyesatkan seseorang.Ia adalah satu ilmu semulajadi yang berkait rapat dengan minda dan pemikiran seseorang.

Perkataan hypnosis itu berasal dari bahasa Yunani iaitu tidur.Namun hipnosis bukan  keadaan seseorang yang tengah tidur.Ia adalah satu keadaan di mana seseorang berada dalam keadaan minda rehat,istirehat dan tenang pada tahap 100 peratus.Istilah dalam bidang hipnosis ialah trace mind

Orang yang tengah hipnosis sebenar sedar.Mereka mendengar arahan dan boleh bertindak balas dengan maklumat yang diberikan oleh pengamal hipnosis.Dalam keadaan tersebut minda bawah sedar mereka betul-betul berfungsi pada tahap optimum.

Segala input yang diingini mudah terakam dan perkara tersebut boleh membentuk cara pemikiran setelah sedar dari hipnosis.Perilaku akan berubah.In sha Allah boleh menjadi lebih baik.Keberkesanan memasukkan input sewaktu proses hipnosis bergantung kepada kepakaran kepada pengamal yang mengendalikannya.

Meskipun saya belum lagi menjadi pengamal hipnosis (ketika entri ini ditulis),saya boleh menjangkakan proses hipnosis lebih mudah dilakukan ke atas seseorang dengan syarat mereka membenarkan diri  dihipnosis.Selain itu yakin akan kemampuan pengamal hipnosis.Jika tak yakin proses hipnosis lebih sukar.

Bagi mereka yang ada disiplin diri yang kuat, proses hipnosis boleh dilakukan kepada diri sendiri.Ianya ialah self hypnosis atau saranan auto.Tahap keberkesanannya bergantung kepada kemahiran meletakkan minda sendiri pada tahap trance maksimum.Pendapat saya ,ianya agak mengambil masa dan tahap keberkesanan berbeza-beza.Itu terpulang kepada latihan dan kesungguhan seseorang yang nak hipnosiskan diri sendiri.

Ada latihan yang mesti dilakukan supaya minda boleh berada pada tahap trance.Banyak latihan dan kaedah boleh dipraktikan.Cuma cara ini amat sesuai kepada mereka yang faham dan ada ilmu tentang minda bawah sedar.

Saya tak galakkan kalian mencuba sendiri jika pemahaman konsep hipnosis masih rendah.Risiko amat tinggi kerana memberi input salah kepada minda bawah sedar.Ianya membawa kesan buruk yang dashyat.Sebab itu hanya pengamal hipnosis yang bertauliah sahaja dibenarkan membuat hipnosis kepada orang lain.

 
Kesimpulanya

Saya amat berharap ilmu hipnosis jangan disalah anggap sebagai ilmu pukau.Sekali imbas macam sama kerana orang yang hipnosis  dan orang yang dipukau dalam keadaan ‘tidak sedar’.
Apa yang berbeza ialah pengamal hipnosis meminta izin kepada orang yang hendak dihipnosis.Sebaliknya pengamal pukau membuat seseorang kena pukau tanpa izin dengan  niat merompak,mencabul atau memperdayakan untuk tujuan jahat.
 
Maklumat tentang ilmu hipnosis boleh kalian perolehi dari laman rasmi hipnosis ===> www.hypnosis.com.my

***Kredit kepada Blog Hero Borneo













Share This!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger · Designed By Blogger Templates