12/07/15

Teknik Asas Hipnosis Jarak Jauh

Teknik Asas Hipnosis Jarak Jauh…Bidang hipnosis amat menarik.Kekuatan dan kehebatan ilmu hipnosis semuanya dengan izin Allah.Ia adalah asas bagi orang yang beriman agar menghindar perasaan taksub dengan kebolehan diri sendiri.

Jarak yang jauh bukan penghalang untuk melakukan hipnosis.Ia memang boleh dilakukan dengan jayanya melalui medium telefon maupun media sosial.

Bagi mereka yang baru pertama kali mendengar istilah hipnosis jangan risau.Saya akan cerita perkara berkaitan hipnosis dengan ayat dan bahasa mudah.Biar pembaca faham dan berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Hipnosis ialah cara menyampaikan saranan minda ke atas diri sendiri (self hypnosis ) dan ke atas orang lain ( Therapy Hipnosis )

hipnosis  jarak jauh

Apa yang menariknya tentang hipnosis ialah kita boleh melakukan dengan cara jarak jauh.Terpulang sama ada mereka itu wanita atau pria tetapi dengan niat untuk kebaikan.

Jika niat tak baik saya memang doakan teknik ini tidak menjadi supaya saya tidak terpalit dengan dosa kering.

1.Yakin dengan ilmu hipnosis

Seandainya anda ragu-ragu maka lebih baik jangan buat dahulu.Sila jalankan kajiaan terperinci agar ilmu hipnosis lebih difahami dan dihayati.Jadi cara terbaik sekarang ini ialah meletakkan diri sendiri sebagai model hidup.Syarat utama jiwa dan emosi mesti berada dalam keadaan trance atau sangat tenang.

2.Telepati minda

Istilah ini memang asing dan jarang digunakan dalam perbualan harian.Namun dalam ilmu minda separa sedar,hipnosis dan meditasi ia adalah asas atau perkara utama untuk mempengaruhi orang lain.Minda para pelanggan mesti diselaraskan dengan minda kita melalui telepati minda.Melalui telepati minda segala mesej dihantar secara gelombang tanpa sebarang perantaraan.

3.Ayat perintah secara lembut

Kemahiran membina ayat ini mengambil masa.Ayat perintah mesti tidak meragukan.Ia menjurus kepada do the action now tanpa berdolak dalik.Orang akan bersetuju dengan ayat perintah yang tegas dalam kelembutan.Medium yang digunakan ialah telefon Wechat atau Whatsapp.Ayat perintah tidak menggunakan boleh tak atau minta tolong.

4.Kuasa visualisasi

Untuk mendapat kesan yang hebat kepada si penerima maka proses hipnosis perlu ada kuasa visualisasi.Muka dan rupa si penerima hendaklah jelas dalam bayangan minda.Bayangkan mereka tunduk dan menurut apa jua kehendak kita,Ingat ia cuma dalam bayangan sahaja.

5.Pujian terhadap penerima

Jika melakukan panggilan atau sms maupun chat pujian mesti dilakukan kepada si penerima supaya hatinya suka berbunga bunga,Bila dah suka masukkan ayat power dan saranan minda agar mereka tunduk dengana apa yang kita nak.Tujuannya supaya hati mereka tenang dan gembira ketika berhubung dengan kita

 

Kesimpulannya

Sudah tentu infomasi ini belum lengkap kerana saya akan mengulas secara kait mengaitkan dengan entri yang lain pula.

Lagipun saya cukup takut membicarakan secara terbuka ilmu ini takut jatuh pada orang yang berniat tak baik

Saya berharap dengan mempelajari ilmu ini saya boleh berjaya membongkar >>>Teknik Sebenar Bina Kehidupan Bebas Kewangan

Share This!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger · Designed By Blogger Templates