Bagaimana Minda Sedar Berfungsi…Master H cuba menghuraikan serba ringkas fungsi minda sedar.Ini kerana pemahaman tentang minda sedar memang berkait rapat dengan proses hipnosis itu sendiri.Pemahaman yang jelas dan jitu akan memupuk sifat ingin tahu terhadap proses hipnosis secara mendalam.
Gambararajah di atas menunjukkan dua jenis pemikiran pada manusia iaitu minda sedar dan minda bawah sedar.Minda sedar sangat penting namun minda separuh sedar jauh lebih penting.Ia berkuasa 9 kali ganda ke atas tabiat dan kelakuan manusia itu sendiri.
Kita kupas dulu tentang minda sedar lah ye.Minda sedar mempunyai 4 fungsi utama iaitu :
1.Memahami isyarat
Manusia secara azalinya dibekali dengan pelbagai pancaindera iaitu deria penglihatan,deria pendengaran,deria rasa,deria bau dan deria perasaan atau naluri.Isyarat-isyarat yang masuk kedalam otak kita akan difahami oleh minda sedar.Kita sedar dan kita boleh mengawalnya dengan minda sedar.
2. Perbandingan memori
Minda sedar membuat perbandingan ke atas memori yang lepas-lepas dengan memori yang baru diterima.Proses perbandingan dan menyimpan memori berbeza antara satu individu yang dengan individu yang lain.Ada memori yang sementara dan ada juga memori yang kekal abadi.Pendek kata boleh dibawa sampai mati.Itulah keunikan dan anugerah terindah yang Allah SWT kurniakan ke atas mahkluk ciptaanNya iaitu akal fikiran.
3.Menganalisa maklumat
Salah satu tugas minda sedar yang cukup hebat ialah membuat penganalisaan maklumat itu sama ada betul atau salah maupun logik atau tidak logik.Ada yang menganalisa berdasarkan emosi,ilmu pengetahuan dan pengalaman yang lepas-lepas.Kemampuan menganalisa maklumat bergantung kepada tabiat seseorang.Misalnya ada yang bertabiat suka bertangguh akan menganalisa setiap maklumat itu secara perlahan-lahan sahaja.
4.Penentu tindakbalas
Tugas penting bagi minda sedar sangat ringkas namun mempunyai implikasi yang sangat besar baik kepada kehidupan sendiri maupun orang lain.Dalam keadaan cemas misanya otak akan mengarahkan badan mengeluarkan hormon anderelin supaya kita bertindak untuk lawan atau lari.(Fight or Flight).Minda sedar membuat keputusan kepada dua perkara sahaja.Kita memilih yang baik atau kita memilih sebaliknya.
Nota kaki:
Master H akui maklumat ini belum lengkap kerana kupasan belum lagi menyentuh tentang minda separuh sedar.Namun sengnaja Master H berbuat demikian supaya pembaca yang baru nak meminati bidang ini tidak keliru atau tersalah anggap.
Kita nantikan kupasan minda separuh sedar dalam entri yang akan datang pula.In Shaa Allah.
ps: Jika nak menuntut ilmu tentang fotografi atau hal rumahtangga jemput layari blog Buku Online.
nice info :)
BalasPadamterim kasih bro
PadamMacam pakar motivasi la plak
BalasPadammemang bidang hipnosis ini tak jauh dalam bidang motivasi
PadamAda 3 waktu minda bawah sedar yg bagus utk kita summit doa
BalasPadam1. Hujan lebat
2. Nafas..3..4,,,6
3. Selepas bersin
X pasti kebenaranya
Ni azizan osman yg ajar...heheheh
kalau azizan osman yang ajar..In Shaa Allah boleh diamalkan..
Padammenarik ni..saya berminat juga nak tunggu entry seterusnya tentang minda separuh sedar pula..
BalasPadamAtasi Masalah Kolesterol Secara Semulajadi
bagus kalau saya tulis dalam blog utama kan..
Padamblog ketiga bro hanafi..
BalasPadamhbt kan ciptaan Allah SWT..
ini adalah blog yang ke empat tuan..
Padamminda bawah sedar ni power sangat.
BalasPadamitu memang tidak dinafikan...
Padamperkongsian yang menarik..... nanti kongsikan lagi pasal ilmu nih....
BalasPadamIn Shaa Allah ada kesempatan waktu yang terbaik..
Padam