27/09/15

Bagaimana Minda Sedar Berfungsi

Bagaimana Minda Sedar Berfungsi…Master H cuba menghuraikan serba ringkas fungsi minda sedar.Ini kerana  pemahaman tentang minda sedar memang berkait rapat dengan proses hipnosis itu sendiri.Pemahaman yang jelas dan jitu akan memupuk sifat ingin tahu terhadap proses hipnosis secara mendalam.

image

Gambararajah di atas menunjukkan dua jenis pemikiran pada manusia iaitu minda sedar dan minda bawah sedar.Minda sedar sangat penting namun minda separuh sedar jauh lebih penting.Ia berkuasa 9 kali ganda ke atas tabiat dan kelakuan manusia itu sendiri.

minda sedar

Kita kupas dulu tentang minda sedar lah ye.Minda sedar mempunyai 4 fungsi utama iaitu :

1.Memahami isyarat

Manusia secara azalinya dibekali dengan pelbagai pancaindera iaitu deria penglihatan,deria pendengaran,deria rasa,deria bau dan deria perasaan atau naluri.Isyarat-isyarat yang masuk kedalam otak kita akan difahami oleh minda sedar.Kita sedar dan kita boleh mengawalnya dengan minda sedar.

2. Perbandingan memori

Minda sedar membuat perbandingan ke atas memori yang lepas-lepas dengan memori yang baru diterima.Proses perbandingan dan menyimpan memori berbeza antara satu individu yang dengan individu yang lain.Ada memori yang sementara dan ada juga memori yang kekal abadi.Pendek kata boleh dibawa sampai mati.Itulah keunikan dan anugerah terindah yang Allah SWT kurniakan ke atas mahkluk ciptaanNya iaitu akal fikiran.

3.Menganalisa maklumat

Salah satu tugas minda sedar yang cukup hebat ialah membuat penganalisaan maklumat itu sama ada betul atau salah maupun logik atau tidak logik.Ada yang menganalisa berdasarkan emosi,ilmu pengetahuan dan pengalaman yang lepas-lepas.Kemampuan menganalisa maklumat bergantung kepada tabiat seseorang.Misalnya ada yang bertabiat suka bertangguh akan menganalisa setiap maklumat itu secara perlahan-lahan sahaja.

4.Penentu tindakbalas

Tugas  penting bagi minda sedar sangat ringkas namun mempunyai implikasi yang sangat besar baik kepada kehidupan sendiri maupun orang lain.Dalam keadaan cemas misanya otak akan mengarahkan badan mengeluarkan hormon anderelin supaya kita bertindak untuk lawan atau lari.(Fight or Flight).Minda sedar membuat keputusan kepada dua perkara sahaja.Kita memilih yang baik atau kita memilih sebaliknya.

Nota kaki:

Master H akui maklumat ini belum lengkap kerana kupasan belum lagi menyentuh tentang minda separuh sedar.Namun sengnaja Master H berbuat demikian supaya pembaca yang baru nak meminati bidang ini tidak keliru atau tersalah anggap.

Kita nantikan kupasan minda separuh sedar dalam entri yang akan datang pula.In Shaa Allah.

 

ps: Jika nak menuntut ilmu tentang fotografi atau hal rumahtangga jemput layari blog Buku Online.

Share This!


14 ulasan:

  1. Balasan
    1. memang bidang hipnosis ini tak jauh dalam bidang motivasi

      Padam
  2. Ada 3 waktu minda bawah sedar yg bagus utk kita summit doa
    1. Hujan lebat
    2. Nafas..3..4,,,6
    3. Selepas bersin
    X pasti kebenaranya
    Ni azizan osman yg ajar...heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau azizan osman yang ajar..In Shaa Allah boleh diamalkan..

      Padam
  3. menarik ni..saya berminat juga nak tunggu entry seterusnya tentang minda separuh sedar pula..

    Atasi Masalah Kolesterol Secara Semulajadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus kalau saya tulis dalam blog utama kan..

      Padam
  4. blog ketiga bro hanafi..

    hbt kan ciptaan Allah SWT..

    BalasPadam
  5. minda bawah sedar ni power sangat.

    BalasPadam
  6. perkongsian yang menarik..... nanti kongsikan lagi pasal ilmu nih....

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Shaa Allah ada kesempatan waktu yang terbaik..

      Padam

Powered By Blogger · Designed By Blogger Templates