12/08/14

5 Senjata Sulit Kuasa Hipnosis

senjata sulit

5 Senjata Sulit Kuasa Hipnosis …Dalam diri setiap manusia ada potensi yang hebat.Ia berbeza-beza mengikut kehendak dan kemahuan masing-masing.Jika kalian berminat untuk menjadi pengamal hipnosis maka 5 senjata sulit ini mesti dipelajari sebaik mungkin.

 

Kemahiran  menguasai ilmu hipnosis boleh dilakukan dengan pelbagai cara.Kalian boleh menguasai dengan belajar sendiri.Namun keberkesanan saya tak jamin terbaik.Ini kerana proses menguasai ilmu begini amat wajar jika berguru dengan seseorang yang sememangya pakar.

 

Jadi 5 senjata sulit ini mesti perhatikan dengan serius adalah seperti berikut.

 

1.Senjata Sulit  Mata

Mata adalah organ utama bagi manusia.Dengan mata kita dapat melihat dan menyaksikan segala keindahan ciptaan Allah SWT.Dalam proses hipnosis mata boleh mempengaruhi klien untuk tunduk dan patuh dengan segala arahan yang diberikan.Lirikan sahaja dapat memberi maksud yang mendalam kepada klien.

 

2.Senjata sulit Suara

Tidak dinafikan suara amat mempengaruhi dalam memberi saranan ke atas klien.Suara mesti jelas,yakin dan lantang.Jauhkan suara yang gugup dan sebutan yang gagap.Pengamal hipnosis perlu menjalani latihan vokal supaya perkara yang saya sebutkan ini dapat dielakkan.Suara yang terbaik dalam hipnosis ialah memberi kepercayaan dan ketenangan kepada klien.

 

3.Senjata sulit emosi

Pengamal hipnosis mesti ada emosi yang stabil.Jika keadaan sebaliknya berlaku maka pengamal hipnosis tidak mampu untuk membantu orang lain.Sebab itu pengamal hipnosis yang kuat amalan agama boleh dipercayai.Logiknya orang yang dekat dengan Allah SWT akan memperolehi kekuatan jiwa dan emosi hasil dari zikir,solat malam dan doa.

 

4.Senjata sulit bahasa badan

Sesiapa sahaja akan nampak karisma melalui bahasa badan.Pengamal hipnosis mesti berjalan dengan segak.Yakin dengan penampilan dan tenang dalam serba serbi tindakan ini.Raut wajah tidak semestinya serius.Apa yang penting memancarkan ketenangan dan aura positif.

 

5.Senjata sulit penggunaan bahasa

Bahasa yang digunakan dalam proses hipnosis hendaklah ringkas,tepat dan padat.Tidak boleh menggunakan bahasa yang sukar difahami.Sebabnya  minda separa sedar manusia boleh mengingati dengan bahasa yang biasa digunakan.Lagi biasa lagi bagus.Kesannya lebih cepat terhadap klien.

 

Kesimpulan,

Senjata yang saya katakan sulit ini memberi pengaruh besar dalam proses hipnosis.Kuasai senjata sulit ini dengan penambahan ilmu melalui pembacaan .Rajin-rajin juga berlatih untuk hipnosis diri sendiri agar otak kalian boleh diguna pakai sebaik  mungkin

 

Jika nak tambah ilmu saya galakkan kalian melangkah kaki kanan untuk terjah kedai e-buku hari ini juga di======>SINI

 

 

Share This!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger · Designed By Blogger Templates