14/08/14

Bolehkah Belajar Hipnosis Secara Percuma?

belajar hipnosis

Bolehkah Belajar Hipnosis Secara Percuma?..Memang boleh.Namun agak terbatas sumbernya.Cari melalui Uncle Google pun boleh.Cuma berkesan atau tidak saya tak dapat bagi komen apa-apa.Sebab ilmu yang tinggi nilainya sangat bergantung kepada minat,kecenderungan dan kesungguhan seseorang.

 

Pada pandangan saya belajar secara rasmi dengan mengikuti seminar lebih berkesan.Dapat sijil dan juga pentauliahan bagi mereka yang mengikuti peringkat lanjutan.

 

Meskipun pada teorinya boleh belajar percuma namun kemahiran jurulatih hipnosis lebih diperlukan dalam memahami topik yang sukar difahami.Kita ada tempat rujukan jika berjumpa sebarang masalah.Kalau belajar sendiri terpaksa guna bantuan Uncle Google.Itupun kalau nak percuma.Selain itu dapat juga buat rujukan dari Auntie Youtube.Betul atau salah teknik yang anda gunakan itu saya tak jamin.

 

Bayangkan kalau anda dah membuat self hypnosis.Anda akan merasai pengalaman yang amat menakjubkan.Badan dan fikiran akan terlalu relaks.Rasa ringan dan sukar untuk membuka mata.Pada waktu ini saranan untuk minda bawah sedar akan masuk dengan mudah.

 

Cabaran sebenar untuk mendapat keadaan minda ini perlukan ilmu dan latihan.Anda boleh baca entri-entri yang telah saya tulis.Ada juga topik yang akan saya tulis dalam masa yang akan datang.Lagipun saya juga macam anda.Masih baru dan belum ada pertauliahan lagi.

 

Pengalaman saya sewaktu mengikuti seminar motivasi dahulu banyak memberi kepercayaan tentang ilmu hipnosis.Walaupun seminar yang saya ikuti bukan khusus kepada hipnosis tetapi intipati banyak berkisar kepada ilmu tersebut.

 

Pada waktu itu saya diminta secara sukarela ke depan oleh penceramah.Saya turuti sahaja kerana saya suka untuk berada di depan audien sebenarnya.Beliau suruh saya pegang sebatang pen.Saya pegang.Selepas itu beliau katakan kepada dewan seminar bahawa pen itu sangat berat.Secara automatik saya rasa pen itu sangat berat sehingga sukar untuk saya memegangnya.

 

Tiba-tiba beliau katakan kepada saya lepaskan pen itu dan saya lepaskan sebagaimana disuruh.Memang sudah dijangkakan saya disuruh untuk mengutip balik dan pegang sebagaimana mula-mula.Beliau bertanya kepada saya adakah pen itu berat atau ringan.Saya jawap dengan jujur bahawa pen itu ringan berbanding sewaktu saranan pen itu dikata berat.

 

Setelah beberapa orang mencuba barulah penceramah tadi memberitahu bahawa apa yang kami alami itu adalah ilusi minda.Hakikat percaya atau tidak juga ditentukan oleh minda kita sendiri.

 

Dalam mempelajari ilmu hipnosis memang boleh dapat secara percuma.Namun cabaran dan pengalaman mengikuti secara seminar lebih seronok.Misalnya harga kursus motivasi yang saya ikuti dahulu cumalah RM600.Sebelum itu saya pernah menghadiri seminar yang kosnya dalam RM1200.

 

Anda boleh buat  anggaran kalau kursus hipnosis yang betul-betul power.Saya tak cakap semasa kursus sahaja.Saya nak selepas kursus itu sendiri yang boleh mengubah tabiat dan karektar anda 360 darjah.

 

Apa-apapun ilmu adalah milik Allah SWT.Harga yang mereka tetapkan itu merupakan penanda aras masa,komitmen dan wang ringgit yang mereka korban untuk ilmu bertahap tinggi ini.

 

Admin,

Prinsip saya mudah.Ilmu yang percuma atau berbayar tidak ada maknanya jika tida diamalkan.

Apa pendapat anda.Kongsikan dalam ruangan komen dibawah.

 

p/s :Nak tambah ilmu layari Portal Ilmu

Share This!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger · Designed By Blogger Templates