6/12/15

Rahsia Jadi Pengamal Hiposis Hebat

Rahsia Untuk Jadi Pengamal Hiposis…Master H amat berminat untuk menjadi pengamal hipnosis.Selepas mengenali ilmu hipnosis ini sejak tahun lepas maka minat tersebut semakin bercambah dan bertambah.Proses pengisian ilmu terus berlangsung dengan giat.

Setelah mencari dan terus mendalami ilmu ini secara tak formal (akan datang lebih formal) maka Master H telah menemui rahsia untuk jadi pengamal hipnosis.Mari kita perhatikan satu persatu agar ia boleh menjadi panduan buat kita mereka yang berminat.

Pengamal Hipsnosis

1.Peribadi yang berkualiti

Seorang pengamal hipnosis yang hebat akan memiliki kualiti diri yang mengkagumkan.Mereka sangat merendah diri dengan ilmu yang dimiliki.Mereka tidak sombong dan mempunyai deria hati yang sangat tinggi untuk membantu orang lain.Jadi tidak hairan tanpa melakukan hipnosis pun mereka pasti disukai ramai masyarakat sekeliling.

2.Kuasai teknik selengkapnya

Teori ilmu hipnosis boleh dipelajari semalaman.Namun penghayatan dan pemahaman  secara praktikal adalah berterusan setiap hari.Misalnya dalam proses paling asas iaitu hipnosis diri sendiri.Lakukan ke atas diri sendiri beratus kali maupun beribu kali.Kuasai juga teknik yang popular atau cipta teknik baru untuk membuat proses induksi terhadap klien,

3.Berlatih dan terus berlatih

Dengan latihan yang konsisten dan tanpa penat lelah maka kemahiran untuk membuat hipnosis akan menjadi lebih baik.Latihan penggunaan suara dan gaya bahasa persuasif mesti tepat pada sasaran.Dengan latihan yang banyak dan mantap maka keyakinan si pangamal hipnosis akan menjadi lebih baik.

4.Kesedaran diri setiap masa

Seorang pengamal hipnosis amat berbeza dengan orang biasa.Pemikiran mereka mesti sentiasa sedar bahawa dia adalah pengamal hipnosis.Tujuannya adalah untuk pengaktifan minda separa mereka supaya kekal hebat dan berkuasa selalu,Orang biasa wajar mengakui bahawa jasad dan minda pengamal hipnosis sentiasa bekerja kuat untuk mencipta pelbagai teknik dalam hipnosis.

Kesimpulan

Bukan semua  orang boleh menjadi pengamal hipnosis namun semua orang boleh dihipnosiskan .

Hanya mereka yang mampu mengikuti dengan sungguh-sungguh rahsia di atas boleh menjadi menjadi pengamal hipnosis yang hebat.

 

 

P/s : Jom baca juga blog Buku Online.

Share This!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger · Designed By Blogger Templates