20/12/15

Jenis Orang Mudah Dihipnosis

Jenis Orang Mudah Dihipnosis…Jangan disangka hanya orang yang lemah mudah dihipnosis.Itu tanggapan yang salah.Sebenarnya orang mudah dihipnosis merupakan orang yang tenang,fokus dan mempunyai kecerdasan yang tinggi.Golongan ini rata-ratanya mempunyai kerjaya yang bagus dan pencapaian kejayaan dalam hidup mereka.


Sebagai orang yang meminati ilmu hipnosis,Master H amat faham salah  anggap masyarakat.Ada yang takut terus menerus bahawa mereka mudah dihipnosis dan pergunakan seseorang.

Sebenar tidak.Pengamal hipnosis yang bertauliah ada etika dalam profesion mereka.Klien yang sudi dan rela dimasuki minda separuh sedar sahaja boleh dihipnosis,Selain itu memang tidak boleh.
Jika saranan hipnosis bertentangan dengan prinsip hidup pun mereka maka klien boleh menolak atau membantah.Sudah pasti tidak timbul persoalan terpaksa atau dipaksa.

Oleh sebab itu hanya klien yang ada kesedaran untuk berubah sahaja mudah dihipnosis.Mereka dibantu untuk memprogramkan semula minda agar lebih baik dari sebelumnya.

Master H mengajak pembaca semua untuk mengikis tanggapan negatif bahawa dengan ilmu hipnosis sama dengan ilmu pukau.Ia memang bertentangan dengan konsep hipnosis.

Amalan hipnosis yang sebetulnya ialah kita memasuki minda bawah sedar seseorang dengan izin dan rela hati.Tiada paksaan atau memaksa sesuatu yang berada diluar prinsip hidup seseorang.

Tidak dinafikan dengan memiliki ilmu dan mengamal hipnosis sesesorang itu kelihatan memukau dan mempunyai karisma,aura dan daya tarikan yang luarbiasa.Sudah tentu sifat ini memang memukau ramai orang.Dalam masa yang sama ia akan menghipnosis dengan mudah orang lain tanpa disedari.

Sungguhpun begitu tidak semua pengamal hipnosis ada kelebihan ini.Hanya mereka yang mempunyai akhlak dan budi pekerti yang terpuji dikurniakan kelebihan secara semulajadi.

Nota Kaki:

Secara ringkasnya semua orang boleh dihipnosis.Cuma ada yang cepat dan lambat sahaja.Namun begitu tidak semua berupa menjadi pengamal hipnosis kerana ilmu ini hanya mampu dikuasai oleh mereka yang berminat,sungguh-sungguh dan tiada kenal erti putus dalam menghadapi cabaran hidup.

Master H amat percaya kepada satu konsep hidup yang mudah.Semua yang berlaku di dunia ini semuanya adalah atas keizinan Allah SWT.


Dia Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui ke atas sekalian alam ini.

Share This!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger · Designed By Blogger Templates