8/11/15

Hipnosis Fenomena Semulajadi Yang Biasa

Hipnosis  Fenomena Semulajadi Yang Biasa…Apabila menggunakan tajuk ini Master H mula tertanya tanya kepada diri sendiri.Terdetik dihati buat seketika untuk menilai tahap kefahaman pembaca yang baru nak mengenali dunia hipnosis.

Jadi ada beberapa soalan yang boleh Master H nak kemukakan kepada anda semua.

1.Adakah ilmu hipnosis sama seperti pukau ?

2.Adakah hipnosis menghilangkan ingatan seseorang?

3.Adakah hipnosis satu ilmu yang susah nak dikuasai?

Sekiranya jawapan yang anda bagi itu ‘YA’ maka tanpa segan dan silu Master H membuat kesimpulan bahawa anda belum faham dengan sebetulnya takrifan HIPNOSIS.

Hipnosis adalah satu bentuk komunikasi minda separuh sedar dengan tujuan untuk perubatan,pemulihan psikologi,hiburan dan pembangunan potensi diri secara total.

Orang yang memperkenalkan perkataan ‘hypnosis’ialah seorang doktor Inggeris iaitu  James Braid (1795-1860).

Hipnosis menurut definisi tepatnya ialah “Hypnosis is the by-pass of the critical factor of the conscious
mind followed by the establishment of acceptable selective
thinking”

Pada pemahaman Master H yang suam-suam suku berbahasa Inggeris ini  telah mentafsirkan hipnosis ialah satu saranan pilihan yang boleh menembusi minda bawah sedar tanpa ditapis oleh logik pemikiran pada minda sedar.Apa-apa saranan yang diberi akan diterima oleh minda bawah sedar untuk membentuk tabiat dan cara berfikir.Proses penembusan minda separa sedar  boleh dilakukan ke atas diri sendiri atau klient dalam suasana trance (rileks dan santai)

Dalam kehidupan semulajadi manusia ada dua masa untuk mendapat kondisi trance ini.

1.Sebelum mata betul-betul terlelap.

Masa yang ada sangat singkat.Pada ketika ini orang Islam telah diajar untuk membaca doa sebelum tidur.Selain daripada itu sangat ideal untuk buat saranan diri supaya sukses,hebat dan berjaya untuk keesokkan  harinya.

2.Selepas bangun tidur

Secara ringkasnya anda masih ‘mamau’.Dalam ajaran agama Islam para penganutnya disarankan untuk mengucap Alhamdulillah sebaik sahaja membuka mata selepas terjaga dari tidur.Tujuanya supaya kita dapat merasai nikmat syukur kerana masih hidup lagi.Untuk tujuan hipnosis pula maka sebaiknya buuat saranan diri yang bernada impian,harapan dan perancangan terbaik.

Hipnosis semulajadi

Nota Kaki:

Apa yang Master H kongsikan ini bagi membuktikan bahawa hipnosis adalah feneomena semulajadi yang biasa.Sesiapapun boleh menguasainya dengan melakukan ke atas diri sendiri.

Cuma Master H sarankan agar pembaca memahami asas hipnosis dahulu sebelum melakukan ke atas diri sendiri.

Sebab kesannya amat luar biasa untuk kejayaan diri.Sekiranya nak mendapatkan ilmu yang lain pula tolong paksa diri untuk singgah menilai ebook terbaik dalam Buku Online.

Share This!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger · Designed By Blogger Templates