22/05/16

Prosedur Dalam Hipnoterapi (Bahagian 5)

Assalamuaalaikum dan selamat sejahtera semua.Dalam entri kali ini Master H nak teruskan perkara berkaitan prosedur hipnoterapi yang kelima iaitu Therapeutic Procedure / Suggestion.Bagi Master H inilah satu prosedur yang sangat penting dan perlu diambil perhatian serius oleh pengamal hipnosis.

Setelah klien berada dalam keadaan trance maka pengamal hipnosis akan memasukkan saranan ke dalam minda bawah sedar.Perlu Master H tegaskan  bahawa apa-apa saranan atau input yang hendak dimasukkan itu mesti jelas,sesuai dan menepati dengan apa yang diiingini oleh para klien.

kredit photo : http://visionaryhypnotherapy.com/

Untuk hal-hal utama dalam Suggestion Therapy, sebaiknya menggunakan pelaturan umum dalam Sugesti, iaitu :

(1). Positif (Sebutkan apa yang diinginkan, bukan yang dihindari)
(2). Repetition (Pengulangan)
(3). Present Tense (hindari kata akan)
(4). Peribadi
(5). Tambahkan sentuhan Emosional dan Imaginasi
(6). Progressive (bertahap), jika diperlukan.

Terdapat berbagai teknik terapi (Therapeutic Procedure), berikut ini beberapa contoh teknik
terapi :

(1) Time Line Therapy
(2) Ego-State Therapy
(3) Age Regression Therapy
(4) Desensitization Therapy
(5) Parts Therapy
(6) Methapor Therapy
(7) Circle Excellence Therapy
(8) Role Model Therapy
(9) Reframe Therapy
(10) The Swish
(11) Anchor
(12) Chair Therapy
(13) Object Imagery

Kesimpulan dari Master H,

Proses Suggestion atau Therapeutic Procedure ini sangat berkesan sekiranya klien memang hendak berubah.Mereka perlu ada kesedaran dalam diri sendiri,Pengamal hipnosis cuma membantu memudahkan proses perubahan tersebut.

Dalam pada itu pengalaman,kemahiran dan krebiliti serta kesungguhan para pengamal hipnosis memberi pengaruh yang besar kepada klien.Sebab itu para klien yang memerlukan khidmat hipnoterapi hendaklah percaya dan yakin terhadap si pengamal hipnosis.

Tidak hairan untuk menjadi pengamal hipnosis diwajib ada sijil pertauliahan dari agensi yang diiktiraf kerajaan dan peringkat antarabangsa.Mereka perlu menghadiri pelbagai kursus secara langsung dengan jurulatih.

Itu sahaja untuk kali ini.Harapan agar ia memberi info yang bermanfaat intuk semua.

Kredit sumber : WWW.NAQSDNA.COM

Read More

15/05/16

Prosedur Dalam Hipnoterapi (Bahagian 4)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Seminggu berlalu begitu cepat rasanya.Kini dah masuk minggu kedua dalam bulan Mei.Sedikit masa lagi kita akan masuk dalam bulan Jun.


Baiklah Master H nak tinggalkan dulu hal-hal berkaitan dengan bulan.Mari kita sambung semula pelajaran tentang topik hipnosis iaitu prosedur dalam hipnoterapi bahagian empat yang berkaitan Depth Level Test.

Tujuan Depth Level Test untuk menguji sejauh mana tahap kesedaran para klien yang telah berada dalam keadaan trance.Dalam erti kata yang lain keadaan minda separa sedar klien.Jika masih sedar atau berada dalam keadaan minda sedar maka proses hipnoterapi belum dapat lagi dilakukan.
In shaa Allah dalam entri yang lain pula Master H akan berkongsikan apakah teknik-teknik yang digunakan untuk Depth Level Test.

Kesimpulannya :

Proses hipnoterapi akan berkesan jika klien berada dalam keadaan ektrem tance.Ketika itu para pengamal hipnoterapi akan memasukan saranan ke dalam minda klien yang bertujuan memulihkan masalah seperti yang telah dipersetujui.

Untuk itu tidak boleh tidak,prosedur hipnoterapi yang keempat ini mesti dilakukan iaitu Depth Level Test.


Semoga info yang sedikit ini memberi manfaat untuk anda.
Read More

8/05/16

Prosedur Dalam Hipnoterapi (Bahagian 3)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.Maaf agak lama juga Master H tidak kemaskini blog ini.Almaklum sahaja mood menulis sejak kebelakangan ini agak ke laut.Setiap kali mengadap komputer dugaan yang nyata ialah mata mengantuk,tidak ada idea  dan pelbagai lagi.Minda mula mencari alasan untuk tidak menulis


.
Baiklah kita tinggalkan elemen yang kurang baik tersebut,Dalam entri yang sebelum  ini Master H telah menulis satu entri berkaitan Induction.Proses ini ialah salah satu cara untuk membawa minda sedar kepada minda bawah sedar.

Semasa berada dalam induction maka satu lagi prosedur yang penting dalam hipnoterapi ialah  Deepening.Dalam proses ini klien akan dibimbimg untuk berada dalam proses trance medium dan seterusnya trance ekstrem.

Buat makluman semua ‘trance’ ialah keadaan di mana minda separuh sedar berada dalam keadaan rileks,tenang luarbiasa dan santai tahap maksima.

Ketika minda berada dalam situasi inilah proses hipnoterapi boleh dilakukan dengan jayanya.

Sesiapa yang phobia boleh dihilangkan dalam minda mereka.

Sesiapa yang stress boleh dipulihkan.

Sesiapa yang trauma boleh dikembalikan seperti sedia kala.

Sesiapa yang nak mengubah tabiat dari negatif ke positif pun boleh dilakukan.

Kesimpulan:


Master H akan sambung semula perbincangan  berkaitan prosedur Hipnotetapi dalam yang bahagian yang akan datang.Jika kurang memahami Master H sarankan anda sebagai pembaca untuk mengulangi pembacaan dari mula semula.Lagi baik dan lagi bagus jika baca bermula dari bahagian pertama lagi.
Read More

24/04/16

Prosedur Dalam Hipnoterapi (Bahagian 2)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Berdasarkan artikel sebelum ini Master H telah menulis tentang prosedur dalam hipnoterapi iaitu pra induksi.

Maka pada kali ini,Master H nak sambung balik kepada perbincangan bagaimana prosedur yang kedua iaitu  induksi.Proses induksi ialah membawa keadaan  klien dari minda sedar kepada minda separa sedar.



Pelbagai teknik dan cara digunakan oleh pengamal hipnosis dalam proses induksi.Proses ini terbahagi kepada dua iaitu

1.Authoritarian Induction atau perintah induksi

Kaedah ini bersifat perintah kepada klien.Mereka akan tunduk dan menaruh kepercayaan yang tinggi kepada penghipnosis.Ada klien yang boleh diinduksi dalam beberapa detik atau masa tertentu.Sudah semesti pengamal hipnosis ada kepakaran yang hebat serta kemahiran yang tinggi.

Berikut adalah contoh  teknik induksi yang popular.

a.Shake-Hand Induction,
b.Body-Rocking Induction
c.Flying Hand Induction

2.Permissive Induction atau induksi pemberdayaan

Seorang pengamal hipnosis akan menggunakan teknik ini jika klien mempunyai level autoriti yang sama,medium dan rendah.

Proses memasukkan pemberdayaan induksi ada pelbagai teknik.Sejujurnya ia tugas yang mencabar dan serius untuk dilakukan.

a.Dave Elman Induction
b.Progresive Relaxation
c.Eye Fixation
d.Flower Method
e.Seven Plus Minus Two Induction

Kesimpulannnya

Ada 5 prosedur dalam Hipnoterapi yang belum Master H kongsikan .In shaa Allah akan bersambung pada terbitan blog yang akan datang.
Read More
Powered By Blogger · Designed By Blogger Templates